Popular Posts

Saturday 22 July 2017

PANDUAN MENULIS KARANGAN SYARAHAN / PIDATO / PERBAHASAN

PANDUAN MENULIS KARANGAN SYARAHAN  / PIDATO / PERBAHASAN

1. Kata-kata Penghadapan
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
                                          ATAU      barisan hakim yang sentiasa menegakkan panji keadilan,
                                          ATAU        panel hakim yang berpegang pada prinsip keadilan,
penjaga masa yang taat pada tugasnya, guru-guru, pihak pencadang yang saya hormati serta hadirin sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.  Berdirinya saya pada pagi yang ceria  ini sebagai pendeta yang akan membahaskan tajuk perbahasan yang berbunyi “ _______________________ .”      ATAU

Pada pagi ini, kami akan turun sebagai pembangkang bagi menangkis hujah-hujah berkaitan dengan tajuk “ _____________________.”                                                                  ATAU

Tampilnya saya di atas pentas perbahasan pada pagi yang mulia ini adalah sebagai pihak __________ untuk menyokong / membantah sepenuhnya tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu “ __________________________.”                                                                        ATAU

Saya selaku pencadang/ pembangkang  pertama/ Sebagai ketua pencadang/pembangkang, kami dengan sebulat suara ingin menyokong sepenuhnya tajuk perbahasan pada hari ini, iaitu ..
/saya ingin tegaskan pendirian pasukan kami / Saya dari barisan pencadang/pembangkang …

Hadirin sekalian,
            Sebelum hujah demi hujah saya lontarkan, izinkan saya memberikan definisi frasa-frasa yang menunjangi tajuk perbahasan ini     ATAU
            Sebelum memulakan hujah saya pada pagi ini, saya ingin membuat takrifan /membuat
kupasan tentang kandungan umum tajuk perbahasan kita    ATAU
            Sebelum  melangkah jauh ke medan wacana/ Sebelum mengemukakan gagasan hujah, terlebih dahulu saya ingin mendefinisikan frasa-frasa penting daripada tajuk perbahasan kita
Mengikut Kamus Dewan ……/ Merujuk kepada Kamus Dewan, frasa __________ manakala

Para hadirin yang saya muliakan,
            Untuk mengukuhkan pendirian kami, hujah saya yang pertama adalah di bawah frasa/ rangkai kata  ______________.


2.Hujah saya yang kedua adalah di bawah rangkai kata …..
 

3.Meniti hujah saya yang ketiga, ……


4. Hujah saya yang seterusnya, iaitu ………


5.Hujah saya yang terakhir ialah ……..



CONTOH HURAIAN SETIAP ISI DALAM PERENGGAN
Hujah saya yang …….
Umum mengetahui bahawa…../ Lazimnya, …./ Pada kebiasaanya, ……
Hal ini menyebabkan  ……….

Tuan-tuan dan puan-puan,…..
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh _____ pada tahun _____ ,……
Menurut kajian daripada…….
Hal ini jelas menunjukkan bahawa ……………….

Jadi, sejauh manakah ………. dapat, ……….. ? Wahai, pasukan pembangkang yang saya……
Walaupun ………, namun begitu…………….
Benarlah kata orang bijaksana, …….Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa …….  /

Pada masa yang sama, …. / Sehubungan dengan itu,……
Selain itu, …..   /Di samping itu,…, maka ……
Sebagai akibat,… / Impaknya,…/ Natijahnya, ….

Dengan ini, jelaslah bahawa …..
Pada dasarnya, saya tetap  berpegang pada pendirian kami                                                


CONTOH BAHAGIAN PENUTUP
Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya kemukakan tadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
Sebelum kata penutup bicara,       /

Sebelum melangkah keluar meninggalkan persada hujah,
saya sebagai pihak pencadang/pembangkang tetap dengan pendirian kami bahawa “______

Saya juga ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat keterlajakan kata dan kekasaran semasa berhujah tadi /
sekiranya kata-kata saya tadi menyinggung perasaan para hadirin

Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengundur diri untuk
memberi peluang kepada rakan-rakan saya untuk meneruskan hujah-hujah yang relevan

CONTOH  PANGGILAN HORMAT SEBELUM PERMULAAN ISI
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sidang pendengar yang dihormati,
Sidang dewaan yang budiman,
Sidang hadirin yang dimuliakan.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Hadirin yang dihormati sekalian,
Saudara dan saudari,
Pihak pembangkang/pembangkang yang budiman,
Barisan pembangkang /pencadang yang saya sayangi

Dalam situasi semasa pertandingan
Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengundur diri untuk
memberi peluang kepada rakan-rakan saya untuk meneruskan hujah-hujah yang relevan
memberi laluan kepada rakan-rakan saya bagi meneruskan perjuangan kami   /
Berdasarkan hujah-hujah tadi, jelaslah bahawa ………….Perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan-rakan saya   

           


            

2 comments: