Popular Posts

Saturday 22 July 2017

NOTA TATABAHASA PT3

 TATABAHASA
 PENGGOLONGAN KATA

KATA NAMA
1.- terdiri daripada
a) Kata Nama Am  - bernyawa ( manusia, tumbuhan dan haiwan )
-                - tidak bernyawa ( benda, tempat )

b) Kata Nama Khas – ditulis dalam bentuk huruf besar.
                                    Proton Saga, Ahmad, Sang Kancil

2.Kata Nama Am dapat dikategorikan kepada dua kumpulan dari segi maksudnya,
    yang bersifat konkrit dan yang bersifat abstrak.

3. Contoh Kata Nama Am yang bersifat konkrit: polis, lampu, makanan
    Contoh Kata Nama Am yang bersifat abstrak : ilmu, adab, keselesaan


4. Kata Nama Terbitan ialah Kata Nama yang telah mengalami proses pengimbuhan.
    Contohnya
   
   Pengangkutan – imbuhan apitan      
   rancangan   - imbuhan akhiran
   pentadbir – imbuhan awalan
   pepatung – imbuhan sisipan
   jutawan – imbuhan asing


KATA GANTI  NAMA

Kata  Ganti Nama Diri Pertama


  1. saya – diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali
  2. hamba – diri sendiri pada zaman dahulu
  3. aku – diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang rapat/ berdoa
  4. beta – raja / sultan / kerabat diraja bertitah kepada rakyat
  5. daku – tulisan/ nyanyian sebagai objek pada kata sendi / kaka kerja transitif
                  yang diakhiri dengan huruf ‘n’
  1. patik – rakyat apabila bercakap dengan raja / sultan / kerabat diraja
  2. kami – diri orang yang berkata dan temannya apabila bercakap dengan orang
                  kedua
      8.   kita – diri sendiri ( si penutur), rakan dan orang yang mendengar

  • Jangan menggunakan ‘aku’ dalam situasi rasmi dan apabila berinteraksi dengan seseorang yang perlu dihormati / lebih tua.
- “Aku hendak pergi ke tandas,” kata Halim kepada cikgu. ( salah ) 
  “ Saya hendak pergi ke tandas, “ kata Halim kepada cikgu. ( betul )

           - “ Biar aku menolong ayah,” kata Jamil kepada bapa. ( salah )
              “ Biar saya menolong ayah,” kata Jamil kepada bapa. ( betul )

  • ‘saya’ tidak boleh digunakan oleh anggota keluarga untuk bercakap dengan
anggota yang lebih muda daripadanya
- “Saya mahu engkau mengelap meja,” kata Puan Lee kepada anaknya. ( salah )       
              “ Ibu/ Aku/Emak mahu engkau mengelap meja,” kata Puan Lee kepada
                anaknya. ( betul )

  • Jangan menggunakan kami semua atau kita semua, kami/ kita sudah membawa
maksud jamak.
           - Kita semua mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. ( salah )
              Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. ( betul )


Kata Ganti Nama Diri Kedua


1.      anda – diri orang kedua yang tidak bersemuka / secara bertulis
2.      awak – bercakap dengan orang yang rapat / panggilan orang atasan
                  kepada orang bawahan
3.      engkau – bercakap dengan kenalan rapat / berdoa
4.      dikau – merujuk kepada orang kedua ( dalam sajak atau seni kata lagu )
                   digunakan jika perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf ‘n ‘
5.      kamu – orang yang lebih tua / dewasa , ditujukan kepada anak, para
                   pelajar dan sebagainya
6.      tuanku – apabila bercakap dengan sultan / raja, bermaksud ‘ tuan yang mulia’
7.      kalian – digunakan apabila bercakap dengan lebih daripada seorang
  
         - “ Awak hendak ke mana?,” Ella bertanya kepada ibunya. ( salah )
              Penggunaan ‘awak’ adalah salah, ganti dengan ibu, ayah,encik,cik,tuan, puan
               cikgu atau nama orang tersebut berdasarkan konteks ayat. 


Kata Ganti Nama Diri Ketiga


1.      dia/ia – digunakan untuk orang biasa pada umumnya
2.      –nya – menggantikan dia/ia, tidak boleh berdiri sendiri,
                  ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya
3.      mereka – jika bilangan lebih daripada seorang
4.      beliau – digunakan untuk orang yang dihormati
5.      baginda – digunakan untuk kerabat diraja
Kata ‘dia/ia’ digunakan untuk orang sahaja dan tidak boleh digunakan untuk benda/ binatang
- Anak kucing itu sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  Anak kucing itu sakit. Anak kucing itu perlu dirawat. ( betul )

Kata’ia’ tidak boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi/ kata kerja transitif.
- Saya tidak sependapat dengan ia. ( salah )
- Saya tidak sependapat dengan dia. ( betul )

- Semoga Tuhan mencucuri makhluknya dengan rahmat. ( salah )
  Semoga Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat. ( betul )

Kata ganti’ia’ dan ‘nya’ tidak boleh digabungnya menjadi ‘ianya’.

Kata Ganti Nama Tunjuk/Tempat

- menunjukkan nama benda, tempat dan cara yang hendak dinyatakan
   Contohnya sini, situ, sana, ini, itu, begini, begitu


Kata Ganti Nama Tak Tentu
- tidak merujuk sesuatu secara khusus
 - terbentuk dengan menggandakan kata tanya
  Contohnya apa-apa, bila-bila, siapa-siapa (sesiapa), mana-mana

- Saya  tidak ke mana semalam. ( salah )
  Saya tidak ke mana-mana semalam. ( betul)

- Berilah buah itu kepada siapa sahaja. ( salah )
   Berilah buah itu kepada sesiapa/ siapa-siapa sahaja. ( betul )

Kata Ganti Nama Singkatan

- digunakan dalam bahasa percakapan dan bentuk karya sastera seperti sajak, cerpen
   dan novel
- Contohnya ku, kau, ni, tak , ku, gitu mu
- tidak digalakkan dalam keadaan rasmi

- Bimbinglah hambamu, ya Tuhan. ( salah )
  Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhan. ( betul )

* ‘kau’ tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
- Siapakah yang memukul kau? ( salah )
   Siapakah yang memukul engkau? ( betul )

 * ‘ku’ dan ‘kau’ mesti dalam bentuk kata kerja transitif, jadi

 'kau mengambil' adalah salah.

- Buku itu telah kau mengambil. ( salah )

  Buku itu telah kau ambil. ( betul )

KATA KERJA

-  merujuk pada sesuatu perbuatan yang berlaku

a) Kata Kerja Transitif  (KKT)
 - Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk
    melengkapkan maksud
- berkaitan langsung dengan perbuatan yang dilakukan
Contohnya:
- Abu mengulang kaji pelajaran setiap malam.
- Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
 

Kesalahan Frasa Kerja Transitif

-meningkatkan lagi pencapaian  ( salah )        - meningkatkan pencapaian lagi ( betul)
- menyatakan tentang perkara itu ( salah)       - menyatakan perkara itu  ( betul)
- membawa juga alat itu (salah)                      - membawa alat itu juga ( betul)
- memahami akan masalah ( salah)                  - mamahami masalah ( betul )
-menyalin semula lirik lagu ( salah)                 - menyalin lirik lagu itu semula ( betul )


b)Kata Kerja Tak Transitif  (KKTT )
- Kata Kerja yang tidak memerlukan objek/penyambut selepasnya
- terdiri daripada  i) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
                             ii) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

i) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
  - Kata Kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksudnya
 - Unsur pelengkap berbeza dengan objek/penyambut dan hanya berfungsi sebagai
    keterangan sahaja

Contohnya: Para petani sentiasa bermandikan peluh.
                    Keadaan ayah beransur pulih.
                    Mereka tinggal di Taman Connaught.
                    Pengembara itu berselimutkan embun.
                    Dia menjadi guru.

ii) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
 - Kata Kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek/penyambut.
 - Contohnya: Semua orang pulang.
                       Adik saya masih tidur.
                       Padi sedang menguning.
                       Mereka asyik berbual.

Kesalahan Frasa Kerja Tak Transitif

- bergantung kepada  ( salah )                                     - bergantung pada ( betul )
- tertakluk kepada ( salah )                                          - tertakluk pada ( betul )
- berdasarkan kepada bukti ( salah )                           - berdasarkan bukti ( betul )
- berjumpa pengetua ( salah)                                       - berjumpa dengan pengetua ( betul
- muncul juara ( salah)                                     - muncul sebagai juara ( betul)
- teringatkan kekasih ( salah)                                      - teringat akan kekasih ( betul )
 - rindukan kami ( salah )                                            - rindu akan kami ( betul )

c) Kata Kerja Pasif
- Kata kerja yang berasal daripada Kata Kerja Transitif tetapi tidak berawalan  meN-

Jenis-jenis Kata Kerja Pasif
- Buku itu dibaca oleh Ahmad .  (pasif imbuhan  ‘di-‘ iaitu pasif diri ketiga)
- Baju itu saya jahit.                   ( pasif diri pertama)
- Perkara tersebut belum awak putuskan. ( pasif diri kedua)
- Nasi terhidang di atas meja.    ( pasifimbuhan ‘ter’)
- Pencuri itu kena tangkap.       ( pasif dengan pengunaan kata ‘kena’)
- Baju ayah sudah berjahit.       ( pasif imbuhan’ber-‘)
- Pengikut itu kesejukan.           ( pasif imbuhan’ke-…-an’)

* Motosikalnya remuk akibat dilanggar lori.
 ( Ayat ini masih dianggap gramatis walaupun penggunaan ‘oleh’  digugurkan.)

Kesalahan Frasa Kerja Pasif

- dibaca oleh saya ( salah)                   - saya baca ( betul)
- kami akan kaji ( salah )                     - akan kami kaji ( betul)
- terambil Ali ( salah )                         - terambil oleh Ali ( betul )
- akan ditulis oleh kamu ( salah )        - akan kamu tulis ( betul)
- mereka tulis ( salah)                          - ditulis oleh mereka ( betul)
- saya sudah kirim ( salah )                  - sudah saya kirim  (betul)

KATA ADJEKTIF

-Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.

Jenis-jenis Kata Adjektif
- Kata adjektif sifat/keadaan ( ramah, buas, cergas, sihat)
- Kata adjektif warna ( hijau, biru kuning )
- Kata adjektif ukuran ( nipis, panjang, besar, tinggi )
- Kata adjektif waktu ( awal, segera, silam, lewat)
- Kata adjektif perasaan ( sedih, rindu, gembira, benci)
  * Kata adjektif perasaan mesti diikuti dengan penggunaan perkataan’akan’.
- Kata adjektif pancaindera ( wangi,  wangi, sedap, lembut)
- Kata adjektif jarak ( jauh, hampir, nyaris, dekat)
- Kata adkektif bentuk ( bujur, bulat, lonjong, bundar)
- Kata adjektif kekerapan ( jarang, selalu, acap kali )

Tiga Darjah Kata Adjektif

i)  darjah biasa  ( pintar, besar, redup)
 - Cuaca hari ini redup.

ii) darjah bandingan ( awalan’se’/ lebih… daripada / kurang… daripada)
  - Walaupun tidak sepandai adiknya, tetapi dia juga melanjutkan pelajarannya
     ke universiti.
- Stadium Nasional Bukit Jalil lebih besar daripada Stadium Merdeka.

iii) darjah penghabisan
 * se + Kata Adjektif + gandaan + Kata Nama
   - Puspa adalah secantik-secantik wanita dalam kalangan penduduk kampung itu.

* ter- + Kata Adjektif
   - Siti Nurhaliza telah menjadi artis remaja terkaya di Malaysia.
 
* paling + Kata Adjektif
  - Baju ini paling sesuai untuk  Salmah.

* ter- + amat + Kata Adjektif /  sangat  + Kata Adjektif
   - Farah teramat suka apabila ayahnya menghadiahkan sebuah jam tangan
     edisi milenium kepadanya.
  - Farah sangat gembira apabila ayahnya menghadiahkan sebuah jam tangan
    edisi milenium kepadanya.

* amat/ sangat/ sungguh +  Kata Adjektif +  sekali
  - Tina amat gembira sekali apabila permohonan untuk melanjutkan pelajaran di
     Universiti Oxford diluluskan.
   

Kesalahan Frasa Adjektif

* Kata adjektif yang menerima imbuhan ‘ter-‘ dan kata penguat ‘paling’ tidak perlu
   diikuti penggunaan perkataan ‘sekali’.

- paling tercantik sekali ( salah)                       - paling cantik ( betul )
- tercantik sekali ( salah)                                 - tercantik        ( betul )
- teramat cantik sekali (salah)                          - cantik sekali   ( betul )
 - paling cantik sekali  (salah)                          - teramat cantik ( betul )  


* ‘paling’ tidak boleh digunakan bersama dengan perkataan ‘amat’,’sangat’ dan’ 
    ‘sungguh’.    
-paling sungguh cantik sekali ( salah)             - paling cantik (betul)
-paling amat cantik sekali ( salah)                   -amat cantik sekali ( betul)
-paling sangat cantik sekali (salah)                - sangat cantik sekali ( betul)
o   sungguh cantik sekali ( betul)

KATA TUGAS

- Kata yang tidak dapat berdiri sendiri
- memerlukan kata-kata lain untuk membentuk ayat lengkap

* Golongan kata yang dikategorikan segai kata tugas termasuk Kata Hubung, Kata Sendi,   Kata Nafi, Kata Penegas, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Pemeri, Kata Seru dan Kata Tanya.

Kata Hubung

- menghubungkan  kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat
  dengan ayat
- Jenis–jenis kata hubung
i) Kata Hubung Gabungan – menghubungkan  dua klausa/lebih yang sama tara sifatnya
   - Contohnya dan, atau, tetapi, lalu, sambil, seraya, manakala, melainkan/kecuali,
     malahan, bahkan, sama ada, kemudian

ii) Kata Hubungan Pancangan
    - menghubungkan dua klausa/ lebih yang tidak setara sifatnya
    - Contohnya kerana, supaya, agar, jika, kalau, sekiranya, sejak/semenjak, andaikata,
      tatkala, sungguhpun, meskipun

iii) Kata Hubung Pasangan
     -
    - baik… mahupun ,  daripada… lebih baik ,  bukan saja… bahkan ,  entah…entah,
      makin… makin,  kian…kian,   sungguhpun…namun,   sedangkan… ini pula,
     sama ada … atau

Kesilapan Umum Kata Hubung


* Penggunaan’ bila’ ( Kata Tanya ) dan’apabila ‘( Kata Hubung)
  - Para penonton ketawa bila melihat telatah baduk itu. ( salah)
-   Para penonton ketawa apabila melihat telatah baduk itu. ( Betul)

* Penggunaan ‘agar’/’supaya’
   ( ‘agar’ dan ‘supaya’ membawa maksud yang sama)
   - Anda perlu berakhlak mulia agar supaya anda dihormati orang. ( salah)
   - Anda perlu berakhlak mulia agar  dihormati orang. ( betul )
   - Anda perlu berakhlak mulia supaya dihormati orang. ( betul)

* Penggunaan ‘sebab’ ( Kata Nama), ‘kerana’ (Kata Hubung) dan
  ‘oleh’( Kata  Sendi)

  perkataan ‘oleh’ (Kata Sendi) tidak boleh digabungkan dengan
   ‘kerana’  ---      Oleh kerana ( salah)
                             Oleh sebab –Kata Sendi Nama ( betul)

- Perlawanan itu dibatalkan sebab pihak lawan tidak datang.  ( salah)
- Perlawanan itu dibatalkan oleh sebab pihak lawan tidak datang ( salah)
- Oleh kerana pihak lawan tidak datang, perlawanan itu dibatalkan. ( salah)
- Perlawanan itu dibatalkan oleh kerana pihak lawan tidak datang.   ( salah )
- Perlawanan itu dibatalkan kerana pihak lawan tidak datang. ( betul)
  -Oleh sebab pihak lawan tidak datang, perlawanan itu dibatalkan. ( betul)


Kata Sendi

- Kata sendi digunakan untuk menerangkan frasa nama dengan kata-kata atau
  yang lain.
- Antara kata sendi ialah dari, daripada, ke, pada, kepada, akan, hingga, tentang, dengan,
   seperti, umpama, demi, untuk dan sebagainya.

Kata sendi pada
- menunjukkan keterangan waktu, selepas kata ‘ada’, iaitu di hadapan kata nama yang
  menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan.
  Contohnya: - terlekat pada dinding, pada waktu tertentu, pada zaman dahulu
               
- Ubat itu disapu di lututnya. ( salah)             Ubat itu disapu pada lututnya . ( betul )

Kata sendi di
- hanya digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan tempat/arah
  Contohnya,
- Ahmad terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya.
- Dia bekerja di syarikat swasta.

- Abu berada di dalam hospital. ( salah )        Abu berada di hospital. ( betul )
- Amin tinggal pada taman perumahan. ( salah)
  Amin tinggal di taman perumahan. ( betul )

Kata sendi dari
- hanya digunakan di hadapan kataa nama yang menerangkan arah, tempat, waktu/masa
- tidak boleh digunakan untuk menerangkan punca sesuatu perkara
   Contohnya,
 - Saya berasal dari Kampar, Perak.
 - Pak Mat membanting tulang di bendangnya dari pagi hingga ke petang.
 - Pemuda yang kurang siuman itu berdiri di pintu pagar sekolah sejak dari awal pagi.

 - Dia bertolak daripada Kajang pada pukul 7.00 pagi. ( salah )
   Dia bertolak dari Kajang pada pukul 7.00 pagi. ( betul )
- Saya menunggunya daripada pukul 2.00 petang. ( salah )
  Saya menunggunya dari pukul 2.00 petang. ( betul )
- Para pelancong datang dari dalam dan luar negara. ( salah )
  Para pelncong datang dari dalam dan dari luar negara. ( betul ) 


 Kata sendi daripada
- hanya digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan punca bagi manusia,
  haiwan, sumber kejadian,  perbezaan atau perbandingan. Contohnya,
  - Loket itu diperbuat daripada kristal.
  - Surat daripada ayahnya masih belum dibaca oleh Jalil.
-   Borang penyertaan boleh didapati dari  kementerian penerangan. ( salah ) 
  Borang penyertaan boleh didapati daripada kementerian penerangan. ( betul )
- Peratus pencapaian PMR tahun 2007 telah meningkat dari 89.23% ke 94.5 % ( salah)
   Peratus pencapaian PMR tahun 2007 telah meningkat daripada 89.23% kepada
   94.5%. ( betul )

Kata sendi kepada
- di hadapan kata nama yang menerangkan manusia, haiwan, pecahan dan keadaan
   yang mengalami sasaran Contohnya,
- Norhaiza tidak tahu kepada siapa hendak diberikan wang RM 50 yang dijumpainya
  di hadapan rumahnya.
- Harta pusaka arwah Pak Ramli dibahagikan kepada lapan bahagian.

- Dia membaca buku cerita itu hingga bab tiga. ( salah )
  Dia membaca buku cerita itu hingga ke bab tiga. ( betul )
- Pemuda itu memberikan sumbangan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. ( salah )
   Pemuda itu memberikan sumbangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. (betul )  

Kata sendi ke
- hanya digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan tempat, arah, waktu/masa
- Setiap pagi bermula dari pagi hingga ke malam,…
- Dia akan bertolak ke Pulau Pinang pada awal pagi esok.

- Pinggan itu dihempaskan di lantai. ( salah )
  Pinggan itu dihempaskan ke lantai. ( betul )

Kata sendi oleh
- digunakan selepas kata kerja pasif diri ketiga, kata kerja pasif yang berawalan ‘di-‘
  dan ‘ter-‘ Contohnya,
 - Saya amat tertarik oleh keindahan lukisan itu.
 - Projek itu dihasilkan oleh mereka.
 - Pelajar itu telah didenda oleh guru disiplin.

- Para remaja mudah terpengaruh dengan adegan-adegan ganas dalam filem. (salah)
  Para remaja mudah terpengaruh oleh adegan-adegan ganas dalam filem.  ( betul)
- Lawatan itu dibatalkan oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. (salah)
   Oleh sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan, lawatan itu dibatalkan. (betul )

Kata sendi terhadap
- digunakan di hadapan kata nama sebagai penerang, perlakuan yang dikenakan ke
  atas penyambutnya Contohnya,
- tidak puas hati terhadap
- tanggungjawab terhadap keluarga
- biadap terhadap guru



Kata sendi dalam
- menunjukkan sesuatu yang tidak melibatkan jarak/lingkungan atau ruang
  Contohnya,
-          Dalam hal ini
-          dalam keadaan yang runcing
-          dalam kalangan masyarakat
-          dalam pelbagai perkara
Oleh itu, penggunaan  ‘ di dalam’ dalam rangkai kata di atas adalah salah.


Kata sendi antara
- diikuti oleh kata nama am/ kata ganti nama yang tidak perlu digandakan
Contohnya: - antara pelajar sekolah ini           - antara ibu bapa
                   - antara peraturan                         - antara faktor

- diikuti oleh kata bilangan tentu/kata bilangan tak tentu
  Contohnya: - antara seribu orang                  -antara ketiga-tiganya              -

-antara pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang
- antara 10% hingga 40%
- antara hujung bulan Julai hingga awal bulan Ogos
- di antara 5 meter hingga 15 meter  ( menunjukkan jarak )

 Persahabatan di antara Mei Mei dan Sin Thia sangat akrab. ( salah)                                                                                                                                                               
Persahabatan antara Mei Mei dengan Sin Thia sangat akrab. ( betul )

Kesalahan Penggunaan Frasa Sendi Nama
- hingga ke petang ( salah )                 - hingga petang/ ke petang ( betul )
- demi untuk negara ( salah )               - demi negara / untuk negara ( betul )
- selain daripada mereka ( salah )        - selain mereka ( betul )
- di dalam pelbagai bidang ( salah )    - dalam pelbagai bidang ( betul )
- dalam bilik ( salah )                           - di dalam bilik ( betul )
- di antara mereka ( salah )                  - antara mereka ( betul )
- antara lagu-lagu ( salah )                   - antara lagu ( betul )
- di antara Melaka dan Muar ( salah ) – di antara Melaka dengan Muar ( betul )
- dari masa ke semasa ( salah )            - dari semasa ke semasa/ dari masa ke masa ( betul )

KATA NAFI

- Kata yang berunsur sebagai unsure naïf/ penolakan dalam frasa predikat
- Kata nafi frasa kerja / adjektif : tidak
  Kata nafi frasa nama dan frasa sendi nama : bukan, tiada
  Kata nafi dua perkara yang bertentangan : entah
Contohnya,
- Juli tidak faham akan maksud-maksud kata-kata yang diluahkan oleh Rahmat.
- Aziz bukan berasal dari Kelantan.
- Entah diterima entah dibuang hadiah yang diberi oleh Murad tadi.

KATA PENEGAS

- Kata yang menerangkan / menekankan bahagian tertentu dalam ayat
  Contohnya –kah, -tah, -lah, pun, juga, jua, sahaja, lagi, hanya, memang,
  cuma dan yang.
Contah Ayat:
- Aku tidak mahu bergantung kepada sesiapa lagi.
- Cuma Tuhan sahaja yang tahu akan isi hatinya.

KATA BANTU

- wujud sebelum kata utama iaitu kata kerja, kata adjektif atau kata sendi
- terbahagi kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam

a) Kata Bantu Aspek
    - menjelaskan sesuatu perbuatan dari segi masa
      * menunjukkan keadaan yang telah berlaku : sudah, telah pernah
      * menunjukkan keadan yang sedang berlaku : sedang, masih, tengah
      * menunjukkan keadaan yang belum berlaku : belum, akan, kelak

b) Kata Bantu Ragam
    - menjelaskan perasaan/ ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan
       * menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin
       * menunjukkan keupayaan/kebolehan : boleh, dapat
           boleh – menerangkan keizinan/ kebenaran     dapat- menerangkan kemampuan
       * menunjukkan kebarangkalian/kemungkinan:mungkin, barangkali, kemungkinan
       * menunjukkan kemestian : mesti, wajib, harus, perlu,pasti, patut, tentu, memang

c) Kata Bantu Aspek boleh hadir bersama-sama. Contohnya
    - Faizah belum pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun sebelum ini.
    - Gua itu sudah pernah didiami oleh manusia pada zaman batu.
    - Zuriah masih belum membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
    - Ibu masih sedang menyiapkan makan malam ketika ayah pulang.

d) Kata Bantu Ragam boleh juga hadir bersama-sama. Contohnya
    - Nazim mesti mahu menyertai pertandingan tersebut jika diberitahu tentang hadiah
       lumayan itu.
   - Saya mesti dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana itulah cita-cita saya.
   - Sebagai anak, kita harus dapat menerima segala nasihat daripada orang tua.

KATA PENGUAT

- memberi penekanan maksud kepada kata adjektif
- dapat hadir secara bebas, di hadapan atau di belakang kata adjektif
 * Kata Penguat Hadapan : agak, begitu, kurang, telah, paling, terlalu, cukup
 * Kata Penguat Belakang : benar, betul, nian, sekali
 * Kata Penguat Bebas : amat, sangat, sungguh
 Contohnya,
- Sungai itu sangat dalam.
- Busuk benar bau di tempat pembuangan sampah itu.

Kesalahan Umum Penggunaan Kata Penguat
- Sangat besar sungguh kapal itu. ( salah )      - Besar sungguh kapal itu. ( betul )
- Itulah baju yang amat tercantik. ( salah )      - Itulah baju yang amat cantik. ( betul )
- Orang ramai begitu yakin benar bahawa pilihanraya akan diadakan pada tahun ini (salah
  Orang ramai begitu yakin/ yakin benar pilihanraya akan diadakan pada tahun ini.   (betul)
- Rumahnya kelihatan begitu jelas sekali dari atas bukit. ( salah)
   Rumahnya kelihatan begitu jelas/jelas sekali dari atas bukit. ( betul )

KATA PEMERI

-Kata yang bertujuan menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat
- digunakan untuk menghuraikan/menerangkan sesuatu perkara

  * kata pemeri ialah bertugas di hadapan kata nama/frasa nama, contohnya
     - Anak ialah anugerah Tuhan.
    - Permainan bola sepak ialah sukan yang digemari oleh pelajar lelaki.

    - Kathy adalah merupakan pelajar cemerlang dalam PMR. ( salah)
    - Kathy ialah pelajar cemerlang dalam PMR. ( betul)
   
 *  kata pemeri adalah bertugas di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
    ( diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada dengan dsb)
    - Maklumat itu adalah benar.
    - Syarahannya itu adalah terlalu pendek.
    - Keputusan para juri adalah muktamad.
    - Hidup di dunia ini adalah sementara.
    - Matlamat penubuhan dana ini adalah untuk membantu mangsa banjir kilat.
    - Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada 31 Disember 2007.
    - Bunga itu adalah daripada Salmah.
   - Salah satu langkah yang diambil adalah dengan mengadakan projek anak angkat.

  Kesalahan Umum Penggunaan Kata Pemeri ‘adalah’
  - ‘adalah’ tidak boleh digunakan pada awal ayat    
  - Adalah diisytiharkan… ( salah )                 - Dengan ini diisytiharkan … ( betul )
  - Adalah diharapkan … ( salah)                    - Dengan ini diharapkan … ( betul )
  - Adalah dimaklumkan … ( salah )               - Dengan ini dimaklumkan …  ( betul )
 - Ia adalah berdasarkan … ( salah )               - Ia berdasarkan… ( betul )
“ada” membawa maksud sudah tersedia/terkumpul, oleh itu objek selepasnya tidak
  perlu digandakan
 - ada pelajar-pelajar… ( salah)                       - ada pelajar … ( betul )
 - ada guru-guru … ( salah )                            - ada guru … ( betul )

KATA SERU

- menyatakan pelbagai perasaan seperti sakit, terkejut, mengejek, sedih kagum dan hairan
- biasanya diikuti dengan tanda seru, contohnya

  * Wah, Oh, Eh : menyatakan perasaan terkejut, cemas dan hairan
     - Wah, sungguh jernih air di sungai ini!
     - Eh, tinggi betul awak sekarang!
     - Oh, jauh betul dia melompat!
-           
  * Cis, Nah    : menyatakan perasaan benci dan marah
     - Cis, pergi dari sini!
    - Nah, terima tumbukan aku ini!
  
Aduhai       : perasaan sedih, kecewa dan memohon simpati
    - Aduhai, beginilah penyakitku!
    - Aduhai, kasihan sungguh nasib budak itu. 

  *  Syabas      : menyatakan perasaan gembira
     - Syabas, awak juga dapat mengalahkannya!
     - Syabas, kamu memang juara di sekolah ini!

Aduh          : menyatakan rasa sakit
   - Aduh, sakit betul kaki ini!
  - Aduh, pedih di mataku masih belum pulih lagi. 
-           
* Amboi          : menyatakan perasaan haiwan, terkejut dan mengejek
  - Amboi, hijau betul baju kamu ini!
 - Amboi, kurus betul awak sekarang!

* Syukur        : menyatakan perasaan gembira, mengucap terima kasih
  - Syukur, berjaya juga aku memasuki universiti!
  - Syukur, mangsa tanah runtuh itu dapat diselamatkan!

KATA TANYA

- sesuatu perkataan yang digunakan untuk mendapat jawapan tentang sesuatu
  * Apa – bertanyakan benda/ haiwan
  * Berapa – bertanyakan bilangan/ jumlah
  * Siapa - bertanyakan manusia
  * Bila – bertanyakan masa
  * Mengapa – bertanyakan sebab
* Bagaimana – bertanyakan cara
* Di mana – bertanyakan tempat

 

Kesilapan Umum Kata Tanya

Penggunakan kata tanya yang ditambah kata partikel ‘-kah’ selepasnya harus dikedepankan dalam ayat

- Apa benda itu?  ( salah )                   -Apakah benda itu? ( betul )
- Benda itu apakah? ( salah )               - Benda itu apa? ( betul ) ---hadir sebagai predikat
                                                              ayat, tidak perlu tambah kata partikel ‘-kah’                       
-Dia tidak tahu siapakah guru tingkatan kamu.  ( salah )
- Dia tidak tahu siapa guru tingkatan kamu. ( betul ) ----- bentuk ayat penyata

 

KATA BILANGAN

- perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah sesuatu benda
- digolongan kepada beberapa jenis
 * kata bilangan tentu ( bilangan yang tentu jumlahnya )
    - dua, puluh, seratus
 * kata bilangan tidak tentu ( bilangan yang tidak tentu jumlahnya)
    - beberapa, sekalian, sesetengah/setengah-setengah, sebahagian, segelintir
      semua, seluruh, para, sekumpulan, segerombolan 
* kata bilangan himpunan
   - beribu-ribu, pelbagai, ribuan, berabad-abad,kelima-lima
* kata bilangan tingkat ( giliran/ urutan dalam sesuatu jumlah)
   - pertama, kedua, keseratus
* kata bilangan pecahan
   - separuh suku, sepertiga, setengah
* kata bilangan pisahan
  - setiap, tiap-tiap, masing-masing

Kesalahan Umum dalam Kata Bilangan

- Berbagai jenis kuih dijual di sini. ( salah )
- Berbagai-bagai/ Pelbagai kenis kuih dijual di sini. ( betul )

- Setengah orang tidak suka makan ulam. ( salah )
- Sesetengah/ Setengah-setengah orang tidak suka makan ulam. ( betul )

- Tiap pelajar harus memakai lencana sekolah. ( salah )
- Setiap/ Tiap-tiap pelajar mesti memakai lencana sekolah. ( betul )

- Perjalanan dari sini ke Segamat mengambil masa lima setengah jam. ( salah )
  Perjalanan dari sini ke Segamat mengambil masa lima jam setengah. ( betul )

* Perkataan yang berikutnya/ selepas kata bilangan tidak perlu digandakan, contohnya
   - Semua ahli-ahli ( salah )                                         - Semua ahli ( betul)
  - Banyak syarikat-syarikat swasta ( salah )               - Banyak syarikat swasta ( betul )
  - Semua beg-beg ( salah )                                          - Semua beg ( betul )
  - Kesemua unsur-unsur ( salah )                                - Kesemua unsure  ( betul )


Kesalahan Umum dalam Kata Bilangan

- Berbagai jenis kuih dijual di sini. ( salah )
- Berbagai-bagai/ Pelbagai kenis kuih dijual di sini. ( betul )

- Setengah orang tidak suka makan ulam. ( salah )
- Sesetengah/ Setengah-setengah orang tidak suka makan ulam. ( betul )

- Tiap pelajar harus memakai lencana sekolah. ( salah )
- Setiap/ Tiap-tiap pelajar mesti memakai lencana sekolah. ( betul )

- Perjalanan dari sini ke Segamat mengambil masa lima setengah jam. ( salah )
  Perjalanan dari sini ke Segamat mengambil masa lima jam setengah. ( betul )

* Perkataan yang berikutnya/ selepas kata bilangan tidak perlu digandakan, contohnya
   - Semua ahli-ahli ( salah )                                         - Semua ahli ( betul)
  - Banyak syarikat-syarikat swasta ( salah )               - Banyak syarikat swasta ( betul )
  - Semua beg-beg ( salah )                                          - Semua beg ( betul )
  - Kesemua unsur-unsur ( salah )                                - Kesemua unsure  ( betul )

MORFOLOGI / PEMBENTUKAN KATA
Penggandaan

Penggandaan – kata dasar yand digandakan ( diulang sebutannya)
                      - penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak
 * membawa aspek makna yang tertentu
       - maksud jamak/banyak (rumah-rumah, baju-baju)              
       - maksud tunggal/satu (kanak-kanak, rama-rama, lelabah)
       - nama haiwan/binatang (jejantik, kelip-kelip,kunang-kunang, dedalu)
       - menyerupai sesuatu (anak-anak, orang-orang, siku-siku)
      -  pelbagai/beraneka jenis (kayu-kayan, hutang-piutang, kuih-muih)
       - perbuatan yan berulang-ulang (menggeleng-geleng, melonjat-lonjat)
       -perbuatan yang berbalas-balas/saling ( bersalam-salaman, bantu-membantu)
      - perbuatan yang berlanjutan ( berangan-angan, tercari-cari)

Jenis-jenis penggandaan:
a)      penggandaan penuh – menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar
                                                berimbuhan/tanpa imbuhan
                                                ( hotel-hotel, penumpang-penumpang, pemburu-pemburu)

b)      penggandaan separa – menggandakan sebahagian daripada kata dasar
                                       - kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal/kata terbitan
                                        i) penggandaan suku kata yang pertama pada kata dasar
                                           ( tamu-tetamu, daun-dedaun, bola- bebola)

                                       ii) penggandaan kata dasar berimbuhan hanya menggandakan
                                           kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhan sekali
                                           - gandaan boleh berlaku di hadapan/di belakang kata dasar
                                           ( bertolak-tolak, sayang menyayangi, bersalam-salaman)
                                      
c)      Penggandaan berentak – menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
§  kata dasar dalam penggandaan ditambah dengan perkataa
                              yang lain bunyinya
                                             i) penggandaan berentak pengulangan vokal
                                                 saki –  saki-baki          hiruk – hiruk-pikuk
                                                 calar – calar-balar      
                                            ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan
                                                  tanah- tanah-tanih     compang-compang-camping
                                                   gopoh - gopoh-gapah

d)     Penggandaan bebas- - penggandaan yang tidak melibatkan ciri-ciri
                                                persamaan bunyi

                                               riuh – riuh-rendah        segan – segan-silu

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete