TATABAHASA
Kata nama
Kata nama
adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama
am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama
Am
Kata nama
am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang:
ayah, polis, perempuan dll.
haiwan:
ayam, itik, buaya dll.
benda:
televisyen, komputer, bank dll.
tempat:
stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama
am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit
ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am
abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua
kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh:
buai -> buaian
Kata nama
am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama
Khas
Kata nama
khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda
yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan
Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda:
Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang:
Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang:
Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat:
Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata
Ganti Nama
Kata
ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau
sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk
bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan
(contohnya siapa, apa, mana).
Kata
ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri
kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
Kata Nama
Terbitan
Kata nama
terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata
nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran
), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan (
sisipan).
Kata
kerja
Kata
kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada
yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan
sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan
Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata
Kerja Transitif
Kata
kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada
benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ).
Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan.
Kata
Kerja Transitif Aktif
Kata
kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu
kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan
imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Kata
Kerja Transitif Pasif
Kata
kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya
berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut
Kata Kerja Transitif Pembuat
Radio itu
didengari Atan.
Burung
itu ditangkap oleh seekor kucing.
Sayur itu
dijual oleh seorang perempuan.
Ikan itu
dijala oleh Pak Abu.
Surat itu
sedang ditulis oleh bapa
Kata
Kerja Tak Transitif
Kata
kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu
sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak
transitif tak berpelengkap.
Kata
Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata
kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang
melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek
(penyambut).
Kami
mandi di tasik.
Dia
senyum semasa berjalan.
Air
sungai beransur surut.
Kata
Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata
kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di
hujung ayat.
Rumahnya
roboh.
Radio itu
berbunyi.
Turunnya
Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar
Kata
sifat
Adjektif,
juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa
adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata
dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau
frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh
kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Jenis
jenis kata adjektif
Kata
adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:
1.
Sifat-menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh:
baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
2. warna
- contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
3. ukuran
- contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
4. bentuk
-contoh: bujur, lurus,
5. waktu
- contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
6. jarak
- contoh: dekat, hampir, jauh
7. cara -
contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas,
muram, lincah
8.
pancaindera
• rasa:
sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin
•
pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
•
dengar:bising, sunyi, senyap
• bau:
busuk, wangi, hangit, hapak
• sentuh:
kesat, kasar, lembab, halus, licin
9.
perasaan - contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira
Pangkat
pangkat adjektif
Pangkat
pangkat atau tahap adjektif ada empat:
Pangkat
biasa
Ia
dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
• Baju
dia cantik.
• Buah
betik itu manis.
Pangkat
perbandingan
Ia
merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
•
Tenaganya sekuat Badang.
• Buah
jambu itu semanis gula.
Pangkat
menyangat
Ia
menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan
sebagainya. Contoh:
• Cuaca
hari ini sangat mendung.
• Buah
rambutan ini terlalu masak.
Pangkat
penghabisan
Ia
menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
• Gunung
Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
• Menara
KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata
sendi
Golongan
kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan
antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
• Buku di
pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
•
Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
• Rosak
kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Fungsi
kata sendi
Ada lima
fungsi kata sendi:
1.
Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya
2.
Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru
3.
Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut
badan binasa
4.
Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
5.
Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah
Bahagian
kata sendi
Kata
sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
• Sendi
nama
• Sendi
kata
Sendi
nama
Kata
sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara
kata sendi nama yang biasa digunakan
ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan
Sendi
kata
Kata
sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata
sifat dan kata tugas.
bagi,sambil
,selepas,sebelum
Bentuk
kata sendi
Kata
sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:
Sendi
tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak
Sendi
berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar
Sendi
majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh
kerana,selain ,daripada
Ayat inti
(bahasa Melayu)
Ayat inti
ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran
makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan
sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti
untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca.
Dalam
bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
1. Frasa
Nama + Frasa Nama
2. Frasa
Nama + Frasa Kerja
3. Frasa
Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa
Nama + Frasa Sendi
Frasa
ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa
patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai
subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa
tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Frasa
Nama + Frasa Nama
Contoh:
1. Ali
jiran saya.
2. Kami
jiran.
3. Kucing
mamalia.
4. Itu
guru.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan.
Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan
sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa
Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis
sebagai "Ali seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan
menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ali ialah seorang
guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai terjemahan kopula
seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah
bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun
"adalah".
Walau
bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika
seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:
1. Ali
adalah guru.
2. Kucing
adalah mamalia.
Kata
"adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang
dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah
seperti:
1. Adakah
Ali guru?
2. Adakah
kucing mamalia?
Kata
"adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata
"benarkah" atau "betulkah". Bagaimanapun, ayat yang
disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.
Frasa
Nama + Frasa Kerja
Contoh:
1. Saya
menulis rencana.
2. Kami
berdiri.
3. Kucing
ini menangkap tikus.
4.
Syarikat itu membuka kilang.
Predikat
ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang
terbahagi dua:
1. kata
bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
2. kata
bantu modaliti: boleh, dapat.
Letak
kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat
diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di
kerusi" ialah keterangan tempat.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kata
kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.
Salah
: Syarikat itu membuka di Pulau Pinang
Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Salah :
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.
Kata
kerja intransitif
Satu
kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata
sendi apabila predikat diperluas.
Salah :
Saya sedar perkara itu .
Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Salah
:Dia masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.
Frasa
Nama + Frasa Adjektif
Contoh:
1. Dia
bijak.
2. Kami
lapar.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
Predikat
ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi
tiga:
1.
penguat depan: begitu
2. penguat
belakang: sekali, betul
3.
penguat bebas: sangat
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:
Salah :
Dia begitu bijak sekali
Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Salah :
Anjing itu sangat garang betul.
Betul : Anjing itu sangat garang.
Betul : Anjing itu sangat garang.
Betul :
Anjing itu garang betul.
Frasa
Nama + Frasa Sendi
Contoh:
1. Saya
ke Kuala Lumpur
2. Dia di
sekolah.
3. Kami
di rumah.
4. Buku
ini untuk adik.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri
sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
• ayat
(1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
• ayat
(4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.
Sebenarnya
baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.
Hukum D-M
Hukuman
D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur
yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang
menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh
Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan,
disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan
kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku
adalah seperti berikut:
Kesalahan
Padanan bahasa Inggeris Pembetulan
Salah :
dalam lain perkataan
Betul :dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Betul :dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Salah :
Minah Restoran
Betul : Restoran Minah
Betul : Restoran Minah
Salah :
Dunlop tayar
Betul : tayar Dunlop
Betul : tayar Dunlop
Salah :
goreng pisang
Betul : pisang goreng
Betul : pisang goreng
Kata
hubung (bahasa Melayu)
Kata
hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
•
perkataan dengan perkataan;
• rangkai
kata dengan rangkai kata; dan
• ayat
dengan ayat.
Kata
hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kata
hubung gabungan
2. Kata
hubung pancangan
o Kata
hubung pancangan relatif
o Kata
hubung pancangan komplemen
o Kata
hubung pancangan keterangan
3. Kata
hubung pasangan.
1. Kata
hubung gabungan
Menggabungkan
klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi,
malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh
ayat:
• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
• Belum
tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
• Dia
mengelak, lantas menikam.
2.Kata
hubung pancangan
Kata
hubung pancangan relatif
Kata
hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan
ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh
ayat:
• Pelajar
yang berjaya itu diberi hadiah.
• Budak
yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
• Buku
yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
Kata
hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu
melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan
untuk.
Contoh
ayat:
• Guru
tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
• Mereka
mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
•
Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata
hubung pancangan keterangan
Kata
hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa
utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga,
supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh
ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya
berkawan dengannya semenjak kecil
3.Kata
hubung berpasangan
Kata
hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung
pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun,
baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian,
sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh
ayat:
• Kian
lama kian banyak orang yang ke sana.
• Fuad
bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
Imbuhan
kata nama bahasa Melayu
Kata Nama
menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan
awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N),
ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan
apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan
ke-
ke-
Awalan
"ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat
dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata
imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan
"ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan
yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata
dasar:
• penanda
orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama):
kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan
awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
•
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
• orang
yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• orang
yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
• orang
yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
• milik
sifat seseorang: pemuda, pembesar
• ukuran
bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
• hasil
atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Imbuhan
"pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk
kata kerja.
pe-
Imbuhan
awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan
"pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
• pelaku
tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
•
penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
per-
Imbuhan
awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering
dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
juru-
Awalan
"juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang
terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung
dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar.
Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
• juru- +
kata nama: juruwang, jurubahasa
• juru- +
kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang
• juru- +
akar kata: jurutera, jurumudi
Akhiran
-an
Imbuhan
akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
• benda,
bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
• hasil
perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
• tempat
yang disifatkan kata dasar: ruangan
• benda
kata dasar yang besar atau luas: lautan
Apitan
ke-…-an
Imbuhan
apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• hasil
perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
• keadaan
yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
pe(n)-…-an
Imbuhan
apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
•
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
• hasil
perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan
"pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-"
untuk kata kerja.
per-…-an
Imbuhan
apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
•
perbuatan: pertandingan, pergeseran
• tempat:
perumahan, perkuburan
Imbuhan
"pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk
kata kerja.
Sisipan
Sesetengah
kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan
"-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-".
Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.
JENIS-JENIS
AYAT
Ayat perintah
Ayat perintah
Ayat
perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan,
suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perintah
: Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan
: Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan
: Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan
: Tolong angkat baju itu.
Ajakan
: Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan
: Sila jamu selera.
Doa
: Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan
: Harap-harap hari tidak hujan.
Perhatikanlah
bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat
perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh
di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN"
kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
• Untuk
kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak
boleh digugurkan.
• Untuk
kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah
digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora
bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping
itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:
Ayat
biasa : Cadangannya harus diketepikan.
Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat
biasa : Kerja ketua memang susah.
Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.
Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun
kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa
sahaja.
Peranan
ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
1.
Bukankah orang itu guru kamu?
2.
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda
sudah faham, bukan?
Penggunaan
dengan frasa nama
Secara
umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya
ialah frasa nama. Contohnya:
1. Ini
bukan kucing.
2.
Malaysia bukan negara republik.
3. Gajah
bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain
itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada
frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
1. Dia
bukan bodoh, tetapi malas.
2. Dia
bukan belajar, tetapi bermain.
Kata
"bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan
"kata tidak":
1. Dia
tidak bodoh, tetapi malas.
2. Dia
tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun,
penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit
perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara
biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua
keadaan secara jelas.
Penggunaan
dengan frasa sendi
Untuk
frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1. Saya
tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2. Saya
bukan dari sektor kerajaan.
3.
Malaysia bukan di benua Afrika.
4. Buku
ini bukan untuk anda.
Kata
"bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak
boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan
kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat
tanya
Ayat
tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara
untuk membentuk ayat tanya
1.
Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat
penyata Ayat tanya
Tetamu
sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu
sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka
hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
Dengan
tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di
atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2.
Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat
tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:
Ayat
penyata : Tetamu sudah tiba.
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat
penyata : Buah itu sudah masak.
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?
Penggunaan
partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk
mengelakkan kesamaran makna.
3.
Menggunakan pelbagai kata
Ayat
tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana,
berapa, mengapa, mana, dan siapa.
Kata Ayat
tanya
Tanpa
partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Apa : Apa
yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana
: Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila :
Bila ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Kecuali
kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel
"kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk
maksud penegasan.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat.
Umpamanya:
• Tetamu
sudah tibakah?
• Buah
itu sudah masakkah?
• Mereka
hendak menolong kitakah?
Kesalahan
ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
• Tetamu
sudah tibake?
• Buah
itu sudah masakke?
• Mereka
hendak menolong kitake?
"Ke"
sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan
dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung
ayat.
Ayat
songsang
Dalam
ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada
hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT
BIASA → SUBJEK + PREDIKAT
AYAT
SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT
PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat
songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan
menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang
amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua
jenis ayat dapat disongsangkan.
Susunan
biasa
Susunan songsang
Ayat inti
Encik Yosri
birokrat. Birokratlah Encik Yosri.
Kucing
itu ke sana. Ke
sana kucing itu.
Orang itu
adik
kamu?
Adik kamukah orang itu?
Kamu
belum
makan?
Belum makankah kamu?
Surat itu
akan saya
kirimkan.
Akan saya kirimkan surat itu.
Saya
ketinggalan bas pada hari
itu.
Ketinggalan bas saya pada hari itu.
Perhatikanlah
bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan"
(untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu
digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti
Ayat inti
ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran
makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan
sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti
untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca.
Ayat
gabungan
Ayat
gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan
menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau,
tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara
satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
1. Ayat
dengan ayat
2. Subjek
dengan subjek
3.
Predikat dengan predikat
4.
Adverba dengan adverba
5. Objek
dengan objek.
6. Ayat
gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Ayat
pancangan
Ayat
pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu
klausa (ayat kecil), umpamanya:
•
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
• Jika
hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
•
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar
berbanding dengan tentera Jepun
Analisis
Kesalahan Bahasa
Ejaan dan
Tanda Baca
Ejaan
yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada
tahun 1972. Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus
Dewan.
Calon
harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut:
a. Sistem
keselarasan vokal
b. Ejaan
kata terbitan
c. Ejaan
kata majmuk
d. Ejaan
kata pinjaman
Sistem
Keselarasan Vokal
Pengguna
bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem
keselarasan vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai
pengaruh dialek.
Contohnya:
hebuh, sinalai, olih, keleja
Sepatutnya
: heboh, senarai, oleh, kerja
Ejaan
Kata Terbitan
Awalan
meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf
d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang
bermula dengan huruf t dan s.
Contohnya
:
deru - menderu
deru - menderu
duga -
menduga
caci -
mencaci
Ejaan
Kata Majmuk
Terdapat
sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap
dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut
mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan.
Bentuk tersebut ialah:
tanggungjawab
olahraga
olahraga
tandatangan
matahari
suruhanjaya
jawatankuasa
sukarela
warganegara
matahari
suruhanjaya
jawatankuasa
sukarela
warganegara
setiausaha
kakitangan
kakitangan
pesuruhjaya
bumiputera
bumiputera
antarabangsa
beritahu
kerjasama
beritahu
kerjasama
Selain
contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.
Contoh:
jalan
raya
tunjuk ajar
tunjuk ajar
ambil
alih
kuat kuasa
kenal pasti
ibu bapa
campur aduk
daya serap
kuat kuasa
kenal pasti
ibu bapa
campur aduk
daya serap
Ejaan
Kata Pinjaman
Kesalahan
penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber
bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem
visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang menggunakan nombor.
Contoh:
klas,
plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran
psikoloji,
otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota
dekad ke
10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20
Perbendaharaan
Kata
Calon
mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti
kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah
bersesuaian dengan maksud sesuatu ujaran.
1.
Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu
Setiap
perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan “kesan”
dan “akibat”. Perkataan kesan bermaksud “apa-apa yang timbul daripada sesuatu
tindakan, keputusan yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan
“akibat” bermaksud kesan yang buruk akibat perbuatan dan tindakan. Oleh yang
demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.
Contoh:
(a) Kesan
daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu
jatuh.
- Kata
akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.
(b)
Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan
kereta menjadi tidak lancar.
- kata
menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Penggunaan
Bentuk Jamak
Penggunaan
bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan
tetapi juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata
nama masih digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.
Salah :
Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia.
Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.
Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.
Salah :
Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Betul : Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Betul : Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Salah :
Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah.
Betul : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.
Betul : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.
Penggunaan
Kata Ganti Nama Diri
Penggunaan
kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi dengan
lawan tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak
tepat dengan situasi penggunaan bahasa.
Salah :
Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu.
Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu.
Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu.
Salah :
Apakah yang mereka tulis?
Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka?
Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka?
Salah :
Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu.
Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.
Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment