Popular Posts

Thursday 10 January 2013

KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU



KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)

Skop Kajian Teks Sastera

1. Sinopsis:  Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah 
   novel atau cereka.
2. Tema   :  Persoalan utama yang hendak disampaikan oleh penulis dalam sesebuah karya.
3.  Persoalan: Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya 
     mereka.
4.  Plot      : Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas SEBAB                        
      dan AKIBAT. Terdiri daripada peringkat eksposisi/permulaan, perkembangan
     perumitan, klimaks/kemuncak cerita dan peleraian/penyelesaian masalah.

5. Watak      : Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau pelakon 
    cereka yang dicipta oleh seseorang pengarang. Watak baik digelar
     protagonis dan watak jahat digelar antagonis.

6. Watak Utama : Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.

7. Watak Sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama.

8. Latar   : “ Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana sesuatu
     peristiwa itu berlaku.

9. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa

10. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi zaman, musim,
      dan masa

11. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa dalam
      cereka berlaku.

Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera 

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca tertanya-tanya mengapa 
    sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/perlahan                           
    kepada orang lain.

4.  Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian seperti                                  
      ratapan, doa, dan perasaan watak.

5.  Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya dirinya yang                         
      mendengar dan memahami apa yang diucapkan

6.  Prolog : Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti puisi,
      (Prakata)  nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah seorang pelakon.

7. Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh diucapkan dalam
     bentuk puisi,  syair atau huraian pantun.

8. Teknik Pemerian: Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang suasana latar dan
     peristiwa yang dialami oleh watak.

9. Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalkan/membuat andaian
    tentang perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat kembali peristiwa
      melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangan
     sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang  Pertama: Kata ganti  nama diri pertama, iaitu ‘aku’
      seringkali  digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar daripada
      watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang kerap menggunakan
       kata gantinama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.

15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.  
-      nada melankolik ( murung/sedih)
-          nada romantis ( percintaan/keindahan)  
-          nada protes ( tentangan/ sanggahan )
 -          nada sinis ( mengejek/mempersenda )
-          nada patriotik (semangat kebangsaan)


Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera

  1. Metafora: Perbandingan terus atau secara langsung yang menggabungkan satu perkataan
      konkrit  dengan perkataan abstrak.    
   - Mereka tenggelam dalam lautan fikiran masing-masing.

2. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang sama dengan
  menggunakan kata bandingan.
-      Ayahnya menengking dengan suara yang bagaikan  halilintar.

3. Hiperbola: Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu sesuatu keadaan/peristiwa yang
     keterlaluan atau melampau. ( menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan)
- Cita-citanya menggunung tinggi.  

4. Perlambangan/ Simbolik: Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
     keadaan atau peristiwa. 
- Sebab emas budi terbuang   ( ‘emas’ melambangkan harta benda atau kekayaan )

5. Pengulangan: Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau rangkap.   

 6.Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak.  
-          Kawan ketawa ramai selalu,   
      Kawan menangis seorang diri.  

7. Epifora : Pengulangan perkataan ataufrasa di akhir baris pantun/sajak.
Dewa berjalan dihampirinya,  
Naga yang besar didekatinya,  
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya

 8Repetisi/repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu.
 -          Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik.

9. Responsi : Pengulangan kata di tengah baris.
Hari ini menugal jagung,        
Hari esok menugal jelai, 
Hari ini kita berkampung, 
Hari esok kita bercerai.  

10. Sinkof / Sinkope : Singkatan perkataan.  
  - “ Eiii,! Kenapa mata kau tu?”   
 ( kau – engkau, tu – itu ) 

11. Hybrid : Penggabungan kata.( daripada dua perkataan menjadi satu perkataan )   
Takkan awak tak boleh jawab soalan ini?” kata cikgu kepada Ramli. 
   “ takkan” daripada perkataan “ tidak akan “

12. Inversi: Pembalikan susunan perkataan dalam ayat
    -   Terdiam Zulkifli memikirlan jawapan. 
     ( sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.)

13. Personifikasi : Memberi sifatsifat kemanusiaan (perorangan/penginsanan) terhadap objek
       yang tidak  bernyawa.  
   -          matahari tersenyum  

14. Jeda: Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan sajak.  
     Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.

15. Rima Akhir: Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada kata/suku terakhir
     sesuatu ayat/baris puisi.Contoh rima akhir ialah ‘abab’,’aaaa’ ‘abcdabcd’ dan sebagainya. 

16. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi. Contoh vokal ialah a,e,i, o, dan u.       
  - Pandai melompat pandai berlari  ( pengulangan vokal ‘a’)  

17. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris pantun/sajak.   
 - Kalau ada silap dan salah  ( pengulangan konsonan ‘l’)

18.Paradoks: Unsur-unsur pertentangan yang nyata dengan pendapat umum.  
   - dalam kesepian di tengah ramai

19. Onomatope: Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.
   Angin yang menderu-deru .

1 comment:

  1. Masa SMK dulu tak kisah sangat pun pasal komsas asal boleh score BM je


    Tapi sejak baca novel inggeris,light novel jepun,grafik novel jepun.....bila kita tahu elemen komsas memang makin seronok nak baca semua tu


    Komsas bukan semata2 digunakan dalam karya melayu sahaja bahkan boleh digunakan juga utk membaca karya Dari barat spt inggeris mahupun Timur apt jepun atau Korea


    Komsas juga bukan dlm novel sahaja

    Drama,movie,animasi,komik,

    Pun kita boleh menghayati semua itu apabila kita faham komsas ni


    Komsas adalah seni

    Tapi disebabkan BM merupakan subjek Wajib Lulus did peringkat SPM

    Ramai Pelajar hanya mempelajari komsas sebagai "subjek mata pelajaran" (hanya sekadar menghafal)

    Tetapi Jika tidak ditekankan subjek Bahasa Melayu ini

    Saya yakin dengan bantuan KOMSAS A.K.A komponen sastera

    Cerita Harry Potter ke

    Cerita Naruto atau Dragonball ke

    Mahupun cerita ejen Ali


    Golongan yang faham komsas ini sudah pasti akan lebih teruja utk membaca Dan melihat semua ini

    ReplyDelete