Popular Posts

Monday 26 August 2013

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN


UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA
 
PENDAHULUAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di negara ini tentang isu usaha ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Isu tersebut semakin mendapat perhatian  dalam kalangan masyarakat, khususnya tokoh ilmuan, golongan pendidik dan para ibu bapa.

Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, cara membalas jasa ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi manfaat semua.

  Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering diperkatakan dan menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros.

Dari segi konsepnya ,amalan berjimat cermat boleh ditakrifkan sebagai amalan membelanjakan wang secara berhemah dan merangka perbelanjaan barang sebelum membeli . Biasanya ,amalan ini dilakukan oleh masyarakat yang dilabelkan sebagai pengguna yang bijak dan berhemah ketika membeli barang. Pengguna yang bijak boleh diaforismekan seperti alah membeli menang memakai.

Tetapi malangnya , masyarakat zaman kini terlalu obses dengan barangan import yang mahal harganya walaupun cukai yang tinggi telah dikenakan oleh pihak yang berkuasa. Sedar atau tidak ,  sebenarnya barangan buatan tempatan adalah sama kualiti dengan barangan import

Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana peningkatan ekonomi yang maju. Hal ini kerana industri pelancongan telah menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah menaikkan taraf ekonomi negara. Persoalan yang bermain dalam kotak minda dan sanubari kita ialah siapakah yang memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan ini?

KESAN / IMPLIKASI /IMPAK
Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlet-atlet yang berbakat jika tidak dicari dan dilatih dari usia yang muda. Ungkapan ini dapat membuktikan bahawa industri sukan negara memang memerlukan pelapis dalam bidang sukan dunia. Oleh itu, menjadi pasukan pelapis kepada negara adalah penting untuk kejayaan industri sukan negara.
  
 Sudah terang lagi bersuluh, Program 1 Murid 1 Sukan yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak mampu memupuk semangat  juang yang tinggi dalam kalangan murid sekolah

Pada era globalisasi ini, masalah sosial semakin meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, terdapat sebanyak 60 peratus daripada kalangan remaja terlibat dalam masalah sosial.

Masalah yang semakin meruncing ini amat menyedihkan para ibu bapa. Sebagai anak yang bertanggungjawab, sekiranya kita terlibat dalam sebarang gejala sosial, pastilah ibu bapa kita akan berasa sedih dan kecewa atas perlakuan kita

Dasar kerajaan yang mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam tetapi jika dikaji, tanpa dasar-dasar seperti ini masa yang diibaratkan seperti emas hanya terbiar dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Natijahnya, kita khususnya golongan remaja akan berpeleseran di pusat beli belah  akan terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang tidak memberi manfaat dalam kehidupan

Menurut pakar motivasi, melalui penglibatan sukan dalam kalangan murid-murid dapat memupuk semangat berjuang untuk negara kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya tiada program seperti ini, semangat untuk berjuang murid-murid demi negara tercinta akan pudar dari lubuk hati mereka.

Sebagai tamsilnya, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.

Menurut Tun Dr Mahathir , amalan berjimat-cermat ini adalah satu cara bagi memastikan pembangunan negara terus pesat membangun. Hal ini boleh dianalogikan seperti sampan yang bergerak dengan bantuan enjin bot . Sekiranya semua pengguna di Malaysia bersama-sama membuat keputusan dengan membeli barangan buatan tempatan , maka secara tidak langsung dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan tempatan sekali gus dapat menstabilkan kewangan negara .

Dari sudut kodifikasi yang berbeza , mInhaj yang berkesan untuk menangani berjimat cermat ialah menabung. Dengan menabung kita dapat menyimpan wang untuk masa depan terutamanya apabila kita menghadapi masalah kecemasan.

 Disebabkan itu amalan menabung sangat penting bagi setiap individu. Hal ini bertepatan dengan aforisme sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit . Menurut pandangan tokoh Tun Dr Mahathir, wang daripada tabungan juga boleh digunakan untuk masa hadapan, seperti melanjutkan pelajaran ke luar negara

Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa membantu seseorang ketika kecemasan merupakan kepentingan utama amalan berjimat cermat yang semakin menjadi polemik masyarakat di negara ini. Menelusuri maslahat ini,dapat kita saksikan bahawa pada era langit terbuka ini, kebanyakan penduduk di dunia lebih gemar hidup secara berjiran dan bermasyarakat. Bertepatan dengan aforisme lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.Hal ini kerana, setiap hamba Allah  yang hidup di dunia ini pastinya akan diuji dengan pelbagai masalah kehidupan.

Oleh itu, apabila terdapat jiran yang menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita sebagai individu yang terhampir haruslah menjadi wahana bagi mereka melepaskan diri dari kepompong masalah yang menyelubungi kehidupan mereka. Pada saat-saat genting seperti ini, wang simpanan yang disimpan seharusnya digunakan bagi membantu mereka seperti peribahasa Melayu,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya terbuktilah bahawa amalan berjimat cermat dapat diimplementasikan dalam usaha untuk membantu orang lain.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PERANAN IBU BAPA
Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam memainkan peranan penting demi membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini boleh dianalogikan dengan peribahasa bagai aur dengan tebing.

Ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin keluarga bahagia. Amsalnya,   ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang bercoklat untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari.

 Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat menenangkan fikiran

Anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah .

Keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu untuk mngeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti kunjung-mengunjungi  rumah saudara-mara juga dapat membina keluarga harmoni terutamanya pada musim perayaan.

Ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya tanpa sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian membesar dan memahami erti kehidupan. Sekiranya ibu bapa berjaya melaksanakan usaha sedemikian, nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remaja, mereka akan lebih memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.

Ibu bapa yang lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang pragmatik  dan sistematik dan yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak  membaca agar mereka mempunyai masa depan yang cerah dan berjaya dalam kehidupan.

Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan merupakan watak terpenting bagi memuliakan kehidupan kita. Maka,  ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anaknya mendapat keperluan kehidupan yang sempurna serta peluang mendapat pendidikan

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka sudahpun mengenali peribahasa dan juga  ahli-ahli falsafah yang ternama. Ahli-ahli falsafah atau saintis yang ternama seperti Hippocrates, Aristotle dan Plato merupakan orang yang amat berilmu dan berperanan penting dalam memajukan  tamadun sesebuah negara.

 Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan tidak kurang pentingnya dalam menjamin masa depan yang gilang-gemilang. Justifikasinya, ibu bapa haruslah menggalakkan anak mereka bergaul dengan orang yang berilmu.

Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja untuk membaca dan dapat meningkatkan keinginan anak – anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka.

 Jika ditelusuri secara mendalam, antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini.
Oleh itu, tiada penyakit yang tiada penawarnya maka usaha yang konkrit ,sistematik dan pragmatik seyogia dilakukan oleh anak-anak agar harapan yang diinginkan oleh ibu bapa dapat dicapai dengan jayanya.

 Sebagai ibu bapa yang lagi lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan menyedari bahawa mereka adalah khalifah Allah yang paling penting dalam kehidupan anak-anak supaya anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ibu bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah perdana, ibu bapa mestilah memastikan anak-anak mereka berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlulah berdoa menadah tangan dan memohon kepada Allah S.W.T supaya anak- anak mereka mempunyai peribadi yang terpuji. Sesungguhnya doa ibu bapa tiada hijabnya dengan Allah. William Shakespeare turut berkata, “ jangan hentikan usaha yang mulia selagi keiayaan belum anda kecapi”.

Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi tulang belakang anak-anak bagi merealisasikan impian anak-anak untuk cemerlang dalam hidup.

Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak–anak mereka untuk menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang sebenar.

Selain itu, anak-anak akan lebih cenderung untuk mencontohi perilaku ibu bapa umpama peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu bapa tersebut mengamalkan sifat tersebut, maka anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Sifat anak-anak ini akan dapat diwarisi oleh generasi akan datamg seterusnya menjadikan amalan ini tidak lenyap ditelan zaman dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini, mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan kurniakan.

REMAJA/GENERASI MUDA
Remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewarisi budaya ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

Jika dilihat dari sudut pandangan yang  lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat mengelakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat

Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni?

Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut,kita seharusnya menghargai tokoh-tokoh pejuangan kemerdekaan yang sanggup berkorban nyawa demi negara tercinta daripada terus menjadi hamba abdi penjajah yang rakus dengan kuasa dan tamak haloba dengan  cara melawat ke tempat-tempat bersejarah di negara ini.

Ramai anak muda dalam kalangan kita yang semakin tidak menghiraukan dan memandang remeh soal patriotik. Mereka  hanya memejam mata,memekakkan telinga,menongkatkan dagu, tidak menghiraukan apa-apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sejurus menjadikan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan tersebut sebagaia mainan semata-mata.

Anak-anak patut rajin bergaul dengan orang yang berilmu untuk meluaskan ilmu pengetahuan diri. Hal ini kerana, ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir. Melalui pergaulan, kita  boleh mempelajari cara pergaulan yang baik. Pengalaman yang diperoleh daripada orang lain juga dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar daripada kita dan jalan yang kita harus lalui untuk kejayaan pastinya penuh dengan onak dan duri serta unsur-unsur negatif yang boleh mematahkan semangat kita. Namun begitu, jika kita berusaha untuk menempuhi segala halangan dan cabaran yang menanti, pastinya kita mendapat kejayaan yang dikejari itu.

Dengan kejayaan kita dalam peperiksaan pastinya akan melupakan segala kesakitan yang dilalui selepas mengukir senyuman manis di atas muka ibu bapa kita.

Langkah yang lebih efisien lagi pragmatik yang harus diamalkan oleh anak-anak kita agar terus berjaya dalam kehidupan ialah menghormati orang yang lebih tua terutamnya ibu bapa dan guru. Seyogianya, sikap menghormati orang yang lebih tua sudah sepatutnya disemai dalam setiap individu.

Untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kita perlulah menghormati orang yang memanifestasikan kita selama sembilan bulan. Ibu dan bapa adalah orang yang paling berharap untuk kita sebagai anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Hati dan naluri seorang ibu mudah rapuh dan terasa, maka kita perlulah menghormati dan mendengar setiap nasihat yang diberi.

Dari sudut kodifikasinya yang berbeza, sebagai seorang pelajar kita perlu mendapat restu seorang guru supaya ilmu yang dibekalkan direstui oleh seorang yang bergelar guru. Setiap apayang diberikan oleh guru itu adalah ilmu agar anak didiknya terus berjaya. Maka untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya kita perlulah menghormati guru itu
Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca.

Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea  Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermula di peringkat sekolah lagi.
Melalui pembacaan bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan semasa mahupun perkara yang berlaku di sekeliling kita. Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen.

Sebagai deduksinya, kita hendaklah mengimplementasian pendekatan dalam bentuk indoktrinasi kepada ibu bapa supaya harapannya itu tercapai. Kita sebagai anak-anak haruslah sentiasa menghargai jasa ibu bapa dan menghormati setiap keputusan yang telah ditetapkan sama ada keputusan itu bercanggah dengan apa yang kita cadangkan kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Selain mendapat keputusan yang sangat cemerlang umpama bulan jatuh ke riba, beliau turut mempunyai nilai-nilai murni lain yang boleh dicontohi oleh semua pelajar berkat asuhan dan didikan kedua ibu bapanya. Kepatuhan kepada agama tidak akan sama sekali melahirkan remaja yang kurang sopan dan tidak berakhlak malah mereka yang patuh akan agama tidak akan menjadi orang yang mundur. Einstein pernah berkata, “agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta”. Oleh itu, terbuktilah bahawa didikan agama yang mencukupi mampu melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan  masa merupakan perkara yang harus dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan  sebaik mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa dengan baik , maka wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal ini boleh dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari

PIHAK SEKOLAH
 Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai indikator pada tahap pembangunan negara, malah akan menjadi indikator hala tuju negara pada masa akan datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti sekolah merupakan entiti yang unik kerana mampu menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam menyelesaikan masalah disiplin

Pendidikan yang utuh lagi mapan  haruslah dipraktikkan dalam diri remaja bermulanya daripada insan yang bergelar pendidik. Sekiranya pendidikan memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak remaja maka golongan perokok di negara kita dapat dikurangkan.

.Hatta , kempen  secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi pendidikan merupakan salah satu modus operanda yang efisien dalam menangani tabiat merokok. Hal ini kerana, melalui kempen di sekolah dan institusi pendidikan dilihat mampu menyalurkan maklumat secara berterusan kepada pelajar dan masyarakat. Di sekolah misalnya, penerapan kempen bahana merokok bukan sahaja diadakan secara formal tetapi juga melalui kempen serampang dua mata yang merentas kurikulum dalam bilik darjah.

Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar dan masyarakat madani kini melalui pengajaran berkesan. Uswahnya, melalui mata pelajaran Sains pelbagai impak daripada tabiat merokok dapat diketaahui oleh pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui media massa pada tahun 2010 telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru-guru turut memikul tanggungjawab untuk menanamkan sikap suka menabung dalam kalangan murid yang bakal menjadi pemimpin negara kelak melalui pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar waktu persekolahan. Oleh itu, individu yang mengamalkan amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap suka menabung.

Dengan pengimplementasian pakej sebegini golongan remaja akan berminat untuk bersukan serta melakukan aktiviti yang sihat.Hal ini seterusnya memberi impak positif kepada negara kita sendiri yang mana dapat memanifestasikan pertambahan ekonomi melalui sukan yang mempunyai swadaya.Justfikasinya dengan tanggungjawab terhadap terhadap peranan dimainkan negara kita mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi tidak kira melalui kesukanan malah juga kesihatan.

Sudah terang lagi bersuluh, akhlak yang baik perlu ditanam di dalam kalbu setiap manusia terutamanya golongan pelajar. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar atau murid haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Justeru, ibu bapa dan guru perlu bersinergi untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan. Ibarat kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid semakin terpaut erat. Guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya

Usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan yang banyak dapat memberi bantuan besar untuk saya berjaya pada masa depan. Pendidikan yang tinggi dapat membantu saya bersaing untuk mendapat pekerjaan yang gaji tinggi. Oleh itu, saya harus rajin belajar dengan bersungguh-sungguh serta melakukan perkara dengan penuh  semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan, dedikasi dan berdaya maju.

Aktiviti yang berfaedah boleh dianalogikan seperti lampu jalan yang menerangi jalan raya. Implikasinya, melalui aktiviti yang diwajibkan setiap murid di sekolah akan lebih membantu murid dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam masa yang sama, murid dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat

Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa membenarkan seorang pun terkecuali

Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis negara ini tidak berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan. ,Sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu manfaat kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti  tersebut .

Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu.

Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu, murid akan lebih menghargai  setiap ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.

Jika ditelusuri secara mendalam, didikan agama merupakan usaha yang dominan dalam memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Agama memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak akan terpesong ke lembah hina. Agama merupakan lampu suluh yang menerangi jalan anak-anak ke arah masa depan yang cerah.

 50,000 satu angka yang sangat besar sekali. Dengan angka sebesar itu, kita boleh memanfaatkan dengan pelbagai perkara yang diingini. Malangnya, angka sebesar itu sangat digeruni dan ditakuti setiap golongan marhaen. Mengikut kajian yang telah dilakukan pada akhir tahun 2011, 50,000 orang setiap hari di seantera dunia mati disebabkan pelbagai penyakit. Hal ini mungkin memeranjatkan semua orang akan fakta yang telah dinyatakan oleh salah satu universiti di Amerika Syarikat.

KERAJAAN/PIHAK BERKUASA
Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan ialah kerajaan haruslah mengadakan pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini kerana untuk menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini.

Menurut Tan Sri Mustafa Jabar,tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata,sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha.Sekiranya kata-kata hikmat ini disematkan dalam diri setiap golongan marhaen di Malaysia,tidak industri mustahil pelancongan Malaysia akan menjadi tumpuan seantero dunia.

Antara langkah yang efektif lagi pragmatik yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan boleh mengadakan promosi tentang keunikan dan keindahan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia ke segenap pelosok dunia.Dengan adanya promosi sebegini,industri pelancongan akan menjadi tarikan kepada penduduk di luar negara untuk melawat Malaysia.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi setiap manusia,menyukai sesuatu yang murah tetapi mempunyai kualiti yang tinggi . Begitu juga dengan para pelancong yang sering keluar masuk ke Malaysia silih berganti. Jadi agensi-agensi pelancongan di Malaysia bolehlah mengadakan pakej-pakej menarik supaya  pelancong berminat untuk berkongsi peluang keemasan sebegini kepada kawan-kawan mahupun kaum keluarga. Hal ini seterusnya akan memberi impak positif kepada negara kita sendiri yang dapat  memanifestasikan pertambahan ekonomi yang mempunyai swadaya.

MASYARAKAT
Sikap bagai enau melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan masyarakat dalam memajukan industri pelancongan.Seperti yang diketahui umum,tarikan sesuatu negara itu berpandukan kepada keindahan budi bahasa yang diamalkan oleh rakyat negara tersebut.Bertepatan dengan filsafat,kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan bukan kepada wajah dan pakaian.

Sudah terang lagi bersuluh,masyarakat haruslah membuka langkah untuk memajukan industri pelancongan dengan menyaambut pelancong dengan bersopan. Perilaku yang sopan akan memberikan mereka tanggapan pertama mengenai keperibadian rakyat sesebuah negara yang membuatkan mereka berasa selesa dan berminat untuk melancong lagi ke negara tersebut

Kita harus mencontohi sifat-sifat tokoh terdahulu dan mempraktikkannya bagi menjana idea membangunkan Malaysia sejajar dengan hasrat 1 Malaysia.Sesungguhnya,kita mampu tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Surah Al-Alaq ada menyatakan, bacalah dengan nama Tuhanmu, wahai Muhammad.

Hal ini menunjukkan akan kepentingan ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.Oleh itu,kita perlu membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Natijahnya,ilmu yang diperoleh dapat menjadi pemangkin untuk membangunkan negara tercinta
Dalam menjayakan prakarsa pragmatik ini,semua pihak haruslah sebulat suara berganding bahu bergerak sederap seia sekata dalam menerapkan rasa cinta akan negara dalam diri setiap individu

Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik

Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah.

 Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.

Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara-negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian

Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.

PENUTUP
 Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah-susah  dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun.

Menggorak langkah berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan dara,
Membaca amalan negara terbilang,
Menjurus ke arah kemajuan negara.

Oleh itu , kita perlulah meneruskan amalan ini hingga ke generasi seterusnya yang bakal menaikan negara kita pada masa hadapan kelak .
                           
 Sebagai deduksinya, kita hendaklah melaksanakan pendekatan dalam bentuk indoktrinasi kepada pelancong-pelancong luar supaya Malaysia menjadi tempat yang terbaik untuk dilawat oleh mereka dan mesra kunjungi. Seyogia, marhaen Malaysia hendaklah mengamalkan sifat altruisme untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang memorabilia kepada setiap pelancong.Peranan setiap lapisan masyarakat perlu di pertingkat dan diperkuat.Kita perlu mengorak langkah sederap untuk menjadikan nama Malaysia akan menjadi bualan di setiap pelosok dunia.

Prakarsa yang dilakukan bersifat pragmatik  dan tidak bersifat impulsif kerana setiap pelancong mempunyai pelbagai ragam yang perlu di hadapi oleh kita. Kita perlu bijaksana dalam melangkah untuk menghadapi segala cabaran, seperti kata Elbert Hubbard, kebijaksaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah,kita ibarat menconteng arang ke muka sendiri. Janganlah kita hanya melepaskan batuk di tangga dalam meningkatkan imej Malaysia kerana jatuh bangun Malaysia terletak di tangan kita.

10 comments:

  1. woww..it really juicy!!
    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. terima kasih admin...segalanya amat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih
    Banyak ayat ayat yang menarik
    Doakan saya yang terbaik untuk pt3 ini
    Amin

    ReplyDelete
  4. Ungkapan yg menarik. Thanks. Harap bole masukkan dalam karangan spm besok.

    ReplyDelete
  5. Waa.. sngt brguna utk krngn. trima ksih bnyk²

    ReplyDelete
  6. Double thumbs up πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Double thumbs up πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Nice πŸ‘πŸ‘πŸ‘Œ

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, mohon perkongsian

    ReplyDelete