PEMBENTUKAN AYAT/SINTAKSIS
Ayat –
sekumpulan perkataan yang mengandungi susunan tertentu dan makna yang
lengkap
- subjek/predikat tidak boleh berdiri
sendiri
Ayat Susunan Biasa –
mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang
Contoh: 1. Suaranya agak nyaring
2.
Pintu itu berkunci
Ayat Susunan Songsang –mempunyai predikat di hadapan
dan subjek di belakang
Contoh: 1.
Berkunci pintu itu.
2. Agak nyaring suaranya.
3. Sudah dibasuh pakaian itu.
4. Menangislah Suraya.
Ayat
Dasar / Inti
– ayat yang menjadi dasar / sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain
Pola
Ayat- FN +
FN 1.Cik Zalina penulis novel
cinta.
FN + FS 2. Pejabat Ali terletak di pusat bandar.
FN + FA 3.
Suara Siti merdu sekali.
FN + FK 4.
Hujan turun dengan lebatnya.
Jenis-jenis
Ayat
i. Ayat
Penyata
-
Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India.
- Tempat itu sangat kotor dan berbau busuk.
ii Ayat Tanya
- Siapakah pemuda kacak
itu? ( menggunakan kata partikel )
- Pemuda kacak itu siapa? ( tanpa kata partikel )
iii Ayat Perintah ( suruhan, silaan,
permintaan dan larangan)
Ayat Suruhah - Buang sampah
itu.
-
Awak boleh mula sekarang
Ayat Silaan - Sila
penuhkak kerusi di depan.
- Jemputlah ke rumah.
Ayat Permintaan - Harap
anda semua bersabar.
- Tolong belikan saya buah
limau.
- Minta kamu semua bertenang,
Ayat Larangan - Jangan
melawan cakap orang tua.
Usah besarkan hal yang
remeh ini.
iv Ayat
Seruan – diucapkan untuk menyatakan pelbagai perasaan dengan
menggunakan kata seru
* Perasaan terkejut, cemas dan hairan
-
Wah, sungguh jernih air di
sungai ini!
- Eh, tinggi betul awak sekarang!
- Oh, jauh betul dia melompat!
*
Perasaan benci dan marah.
-
Nah,
terima tumbukan aku ini.
-
Cis,
pergi dari sini!
* Perasaan
sedih, kecewa dan memohon simpati.
-
Aduhai,
beginilah penyakitku!
-
Aduhai,
malang betul nasibku!
* Perasaan
gembira
-
Syabas,
kamu menjadi johan dalam pertandingan tersebut!
* rasa
sakit
-
Aduh,pedih
di mataku masih belum pulih lagi!
* Perasaan
mengejek
-
Amboi,
hijau betul baju kamu ini!
-
Amboi,
kurus betul awak sekarang.
* rasa
kesyukuran
- Syukur,mangsa tanah runtuh itu dapat
diselamatkan!
Bentuk-bentuk Ayat
Ayat Tunggal/Ayat Selapis
-mengandungi
hanya satu subjek dan satu predikat
Contoh: Pelajar
itu mengulang kaji pelajaran.
(subjek) (predikat)
- ayat
tunggal terdiri daripada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat Majmuk/Ayat Berlapis
- hasil
daripada cantuman/ gabungan beberapa ayat tunggal
a) Ayat Majmuk Gabungan
- gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
- dihubungkan dengan kata hubung seperti
serta, dan, atau, sambil, lalu, dan,tetapi
dan sebagainya.
Contoh: Anak-anak yatim harus dibantu.
Anak-anak yatim harus diberi
perhatian.
- Anak-anak yatim harus dibantu
dan diberi perhatian.
b) Ayat Majmuk Pancangan
-
mengandungi satu ayat induk dan satu/beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke
dalam ayat induk
* Ayat Majmuk Pancangan Relatif
( menggunakan kata relatif yang
)
- pemancangan boleh berlaku di bahagian
subjek atau predikat
Contoh :
Narrul merawat kucing. ( Ayat Induk )
Kucing itu cedera. ( Ayat Kecil )
- Nazrul merawat kucing yang
cedera itu.
Orang gila itu kotor. ( Ayat
Induk )
Orang gila itu mengganggu orang
ramai.
-
Orang gila yang kotor itu mengganggu orang ramai.
* Ayat
Majmuk Pancangan Komplemen
- menggunakan kata komplemen untuk
atau bahawa bagi menggabungkan ayat kecil
yang bersifat pelengkap dengan ayat
induk
Contoh: Mereka mengunjungi stadium itu. (
Ayat Induk)
Mereka meraikan
kedatangan alaf baru. ( Ayat Komplemen)
- Mereka mengunjungi
stadium itu untuk meraikan kedatangan alaf baru.
* Ayat Majmuk
Pancangan Keterangan
- memberi keterangan lanjut kepada ayat
- keterangan waktu
- apabila, ketika, tatkala, sejak
, sementara, setelah
keterangan syarat
-
jika, kalau, sekiranya
keterangan musabab
-
kerana, oleh sebab
keterangan harapan
-
agar, semoga, supaya
keterangan cara
-
dengan
keterangan pertentangan
-
walaupun, meskipun, sungguhpun
c) Ayat Majmuk Campuran
- terdiri daripada gabungan beberapa jenis
ayat majmuk
Contoh: Zaid dan Zainal akan
memasuki pertandingan itu jika diberi peluang.
Negara kita akan aman dan
makmur sekiranya rakyat bersatu padu.
mohon dikongsi bersama pelajar..terima kasih
ReplyDeleteNota ringkas berguna
ReplyDeleteThank you.
ReplyDeleteApa maksud FN, FS, FA, FK?
ReplyDeleteFrasa ; nama,sendi,adjektif,kerja
Delete